Pengalamanku

KONSISTEN

Tak mudah rupanya untuk sentiasa ingat dan konsisten untuk mengemaskini blog sendiri. Beberapa perkara menjadi halangan untuk orang seperti saya. Kalau nak disenaraikan, dah nampak macam banyak alasan. Apa-apa pun saya cubalah untuk konsisten...konsisten...dan konsisten.

:)




HOME BAKERS

Semalam tanggal 23 Oktober 2014, saya cuba nak buat roti sendiri. Dengan berbekalkan bahan-bahan mengikut resepi yang dicadangkan, dan kebetulan sekolah pun cuti peristiwa jadi adalah masa yang terluang dan terbuang..ekekeke.

Asbab selalu tengok, eh bukan selalu...setiap hari mesti tonton rancangan Masakan.. tapi setakat tengok je lah. tak pernah rasa nk mencuba pun. Ntah kenapa semenjak dua menjak ni, tetiba datang kerajinan dan keinginan nk mencuba.

Maka bermulalah cabaran membuat roti. pehh... memang..memang...tabik spring la kat bakers2 yang dah berjaya diluar sana. Bukan senang weii nak menguli roti. Naik lenguh dan lebam juga nak uli sampai kenyal. Kalau lama-lama camgini mau jadi akak sado ni.

Pendekkan cerita, kita ikut gerak hati jelah. Buat je ikut resepi tu. Dah siap bakar dalam ketuhar yang dah bertahun tak digunakan. Ketuhar yang dipau daripada mak. (kredit tu mak). Untuk first tray, nampak cantek je roti saya sebijik warna dia mcm dalam resepi. Rasa bangga menerjah jiwa. Kembang jugaklah hidung yang sedia kembang ni.

Seperti yang dicadangkan, roti perlu disejukkan dahulu, sambil tunggu sejuk, bakar pula set roti kedua. kemain lagi roti dengan sosej. cewah... Tengok hasil roti yang pertama, dah rasa mcm sejuk sikit, angkat la roti tu, belek-belek roti, hmmmm mcm tak jadi...tak lembut pon..mcm terlebih tepung sudah. kendian tgk bhgn bawah, adeh...belum brown la...tanda belum masak, aiseymen, baru je nak bangga, terpaksa tarik balik kebanggaan dan kekembangan jiwa tadi. aduh sedey...

Takpe...jangan putus asa. Selalu pesan dgn anak didik, jadi cikgunya pun kena buat yang sama la kan. "Do always practice what you preach" kata omputih gitu. Roti tak masak, nnt kita bakar sikit lagi. Tengok yang set kedua yang sedang dibakar tu, dari luar ketuhar nampak cam cantek je. mcm yang pertama tadi. Oleh kerana ade baki 10 minit lagi, kita buat la keje lain, jemur baju dulu. tak jauh pon. Betul2 sebelah dapur je. Sambil-sambil jemur tetiba terbau mcm hangit je....kelam kabut kejap, tgk kat ketuhar, aiseh awat terbakaq roti den nih. hah amik kau kedah campuq n9. Cepat-cepat tutup suis oven, keluarkan roti. (Pesanan penaja - hati-hati semasa mengendalikan barang elektrik dan makanan panas). aduh sedey mak tau..

Set kedua tak jadi juga. Bakar balik yang pertama tadi. Agak2 10minit lagi kot. Maklum ikut gerak hati lagi. Sekali lagi hangit juga roti. Jiwa kacau betul. Kecewa duka nestapa. Dah dua set roti hangit (tapi still boleh makan, takdalah hitam roti tu). Baki adunan masih ada. Jangan putus asa...my mind keep remind me that. (nk tulih omputih....grammar terabur ni)

Baki adunan diselesaikan sampai habis. Semua roti hangit. sedey...

Moral of the story :
1. Nak buat sesuatu yang baharu, kene ade ilmu. Bila ada ilmu kene amalkan selalu  supaya terpahat kukuh dalam memori. kalau ilmu kemahiran kena buat banyak latihan.

2. Jangan mudah putus asa bila buat sesuatu yang kita belum mahir atau belum pandai.

3. Mesti berani hadapi cabaran. kali ni roti saya tak jadi..takpe..lain kali boleh cuba lagi.

4. Beli ketuhar baru eh...kira moral of the story juga ni. ketuhar lama tak cek. panas tak leh blah...tak terkawal..10minit je boleh..pehtu terus hangit..panas sangat gamaknya. wallahuaklam

:)


1 comment: