Apa kata saya

"SIKAP GURU PUNCA MURID PONTENG"

Artikel 1 : Punca penyebab Guru 'terasa' buat sekian kalinya...
1) kredit to http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Sikapgurupuncaponteng/m/mArticle

Lanjutan punca di atas : (sekadar menyatakan link ---->)
2) http://nalurirakyat.blogspot.com/2014/10/pelajar-ponteng-salah-cikgu-ke-salah.html
3) http://kerdipanbintang.blogspot.com/2013/09/pelajar-ponteng-sekolah-kerana-faktor.html

Bila tanya mister Google, punyalah la banyak enrty pasal 'ponteng' ni... Utusan juga pernah mengutarakan isu yang sama. Rupa-rupanya dah lama dah kajian ini dilakukan.

cer baca ni --->
4) http://duniacikgu.blogspot.com/2013/09/sikap-guru-punca-pelajar-ponteng.html


APA KATA SAYA?

Untuk menjawab isu ini bukan sesuatu yang mudah untuk dikomen. Ia juga telah dibukukan berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan. Nampaknya hasil kajian ini tidak langsung memihak kepada guru. Kajian ini nampaknya menjurus kepada murid semata-mata. (saya belum pernah baca kajian penuh ini, kalau ada sesiapa pembaca yang tahu...bolehla bagitahu atau share link ke ape ke..ye).

Tertarik dengan hasil kajian yang pernah dijalankan oleh UTM (boleh baca melalui link ke 4) yang menyatakan SIKAP MURID ITU SENDIRI PENYEBAB KEPADA GEJALA PONTENG. hmmm mana satu yang nak kita percaya?

Sebagai guru, tentulah bias kerana kami, golongan guru yang telah dituduh. Dari satu sudut yang lain saya juga pernah menjadi murid. Dan penulis kajian tersebut atau wartawan BH atau Utusan atau mana-mana akhbar sekalipun, atau lebih tepat lagi semua yang terlibat dalam kajian juga pernah bergelar murid. Tepuk dada tanya diri kita, benarkah sikap guru penentu gejala ponteng murid? benarkah sikap guru membentuk siapa diri anda sekarang? Benarkah guru menyebab tingkahlaku kita yang  buruk?

Seringkali orang mengatakan murid zaman sekarang berbeza dengan yang dahulu. Dulu guru garang dan tegas petanda bagus sebab anak murid pandai-pandai semua. Zaman sekarang sangat berbeza. Dengan ledakan teknologi maklumat, gaya mengajar, personaliti guru hatta pendidikan jauh berubah. Zaman sekarang mana boleh jeling, sindir apatah lagi pukul murid. Salah besar tu...isk isk isk.. jangan sesekali menyentuh murid, padah akibatnya (untuk guru biasa)

Sebagai guru penyayang, murid bukan ditangan-tangankan, bahkan murid ditatang-tatangkan. Guru sebagai pemudahcara, fasilitator bagi kelas yang baik..untuk murid kelas sederhana membawa ke kelas kurang baik, guru kena tengok murid satu per satu..eh cukup ke masa... jangan kirakan masa. pandai-pandailah guru mengatur masa belek murid satu per satu. Setakat saya pergi kursus yang berkaitan masalah murid, tidak ada satu pun cara penyelesaian yang diberikan untuk guru. Sebaliknya terpulang kepada kebijaksanaan guru menyelesaikannya sendiri pada setiap kelas dan pada setiap tahun. Ini kerana latar belakang setiap murid tidak sama bagi setiap kelas mahupun setiap tahun apatah lagi kalau nak dikirakan dibandar atau luar bandar. Jangan salah faham, saya tidak menolak dasar Guru Penyayang. Sebagai penjawat awam, semua dasar KPM saya junjung tinggi atas batu gemala patik gitu. Cuma dari segi pelaksanaan yang menjadi persoalan.

Cuma hairan bin ajaib sekejap. Apakah kita dengan mudah menyalahkan orang lain atas sikap buruk kita sendiri. Setahu saya pakar-pakar motivasi selalu mengatakan apabila kita menunding satu jari ke arah orang lain, jangan kita lupa ada empat lagi jari menunding ke arah kita. Tetapi acapkali kalau kes-kes melibatkan guru, mudah saja media massa terutamanya menjadikan headline news, tajuk sebesar-besar alam, seolah-olah seronok benar menyalahkan golongan guru.

Baiklah kita ulas satu persatu pernyatakan akhbar tersebut ye. Mohon diingat segala yang tertulis hanyalah pandangan peribadi sahaja. Maklum, pertuduhan ke atas guru tu. Bukan perkara main-main. Besar impaknya kepada guru khasnya kepada diri saya sendiri.

katanya "Bosan dengan sikap dan personaliti guru yang terlalu mementingkan pencapaian akademik".

kata saya : Guru semestinya mementingkan pencapaian akademik murid. Ini semua untuk Negara Malaysia yang tercinta juga. Dah memang guru itu kerjanya untuk meningkatkan pencapaian murid a.k.a sekolah a.k.a ibu bapa a.k.a negara.  Faktanya berdasarkan FPK -


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

katanya "Ketika di dalam kelas, pelajar yang dikategorikan sebagai lemah merasakan diri mereka dipinggir oleh guru yang lebih cenderung memberi tumpuan kepada pelajar bijak atau mudah memahami pelajaran dalam kelas."

Kata saya : Pengalaman peribadi saya. Saban tahun saya pasti pendapat kelas yang dikategorikan muridnya lemah (kelas terakhir dalam tingkatan). Semua guru di sekolah-sekolah lain juga begitu. Apa yang saya lakukan adalah saya akan mengajar tanpa prejudis pada hari pertama lagi. Sebelum mula mengajar saya bertanyakan cita-cita murid dan sedikit motivasi untuk menaikkan semangat. (Maklum mengajar subjek Sejarah, bukan sesuatu yang mudah kata kebanyakkan orang khasnya murid.) Ini kerana kita tidak tahu potensi dan bakat murid-murid tersebut tanpa mengenali mereka terlebih dahulu. Jawapan murid adalah, majoriti memang tidak kenal diri sendiri, tidak tahu apa matlamat mereka dan kebanyakkan tidak ada cita-cita. Dalam masa yang sama setiap kali kelas bersama murid kategori lemah ini, saya membuat pemerhatian kendiri. Lama kelamaan mereka separuh hilang minat akhirnya beberapa orang sahaja yang tinggal masih bersemangat belajar. Ada juga kes semakin minat dengan Sejarah.

Baik, tentu pembaca mengatakan saya tidak ada perubahan dalam mengajar sebab murid makin lama makin kurang yang mahu belajar. Sebagai guru ditambah lagi beragama Islam, saya cuba sedaya upaya untuk membawa murid melihat jauh ke hadapan. Namun, mungkin atas faktor pemikiran yang masih mentah, mereka tidak dapat melihat apa yang saya cuba sampaikan dan tunjukkan. Hanya sebahagian kecil itupun murid yang berada dikelas hadapan. Kelas sederhana dan lemah seterusnya amat lemah sukar mencapai atau melihat apa yang saya lihat, sukar mendengar apa yang saya dengar apatah lagi mengikut apa yang saya buat.

Tentulah apabila mengajar, kita akan mengajar mengikut aras kefahaman murid. Namun saya percaya dengan kuasa motivasi...kuasa inspirasi. Saya tidak pernah lupa malah sentiasa memberi inspirasi kepada murid dengan harapan murid dapat mengenal diri mereka seterusnya bersemangat mencapai matlamat kehidupan mereka sendiri. Insyallah.

Tidak perlu alat mengajar yang canggih, suasana belajar yang kondusif atau penggunaan alat ABM/BBM yang dasyat kerana saya sangat percaya, jika murid kenal diri, tahu matlamat ada cita-cita mengajarlah bagaimana cara sekali pun, atau sekadar meninggalkan latihan, saya sangat yakin, murid itu akan melunaskan tugasan sebagai murid. Kerana saya pernah menjadi murid dan itulah pegangan saya sepanjang menjadi murid. Terima kasih guru-guruku, tak lupa mak dan ayah.  Oh ya, mana sama dengan murid-murid sekarang ye tak...

Soalnya, sebelum murid-murid ini sangat pasti mereka dipinggirkan seolah-olah sangat matang sehingga dilihat mengenali personaliti dan sikap guru adakah mereka mengenali diri yang tidak punya buku latihan, tidak bawa buku teks, tidak pernah sekalipun menyiapkan latihan dan paling sedih tidak pernah bertanya guru bagaimana menyiapkan tugasan malah begitu mudah menuduh guru pula. Waallahuaklam.

katanya "personaliti guru dan keadaan persekitaran dalam sekolah adalah faktor utama punca pelajar tidak ke sekolah kerana mereka tertekan apabila kerap dimarahi di depan rakan sekelas menyebabkan mereka malu dan akhirnya mengambil jalan mudah untuk ponteng."
Kata saya :  Pendapat saya, jika murid dimarah dihadapan kelas atau di dalam kelas memang mereka malu dan ditambah mereka rasa sakit hati dengan guru tersebut. Bermulalah episod murid sindir/provok guru dengan suara kuat, bila ditanya mereka kata mereka bermaksud lain. atau kadang kala lebih baik jangan layan orang yang tidak matang nnt guru pula bertambah sakit hati. Mereka ini bertindak balas dengan tidak lagi menghiraukan guru, tidak buat kerja sekolah dan sebagainya. Mereka jenis ini memang ada di kelas saya, tetapi tidaklah mereka ponteng. Mereka tetap berada dikelas saya dengan peel yang semakin menyakitkan hati. Tetapi saya faham, mereka tidak matang. Malah saya menyuarakan rasa kasihan kepada mereka.Saya beri motivasi. cakap elok-elok. Murid jenis ini kata orang tak makan saman. tetapi sekurang-kurangnya dengan kerap menyebut namanya, dia akan tenang jiwa dan tidak menganggu PdP saya lagi. Setakat ini alhamdulillah. memang senyap murid jenis ini atau masa ade sejarah tak datang sekolah. wallahuaklam.

Katanya "antara sebab pelajar hilang minat belajar dan seterusnya bertindak ponteng ialah cara pengajaran guru yang terlalu laju dan sukar difahami "
 Kata saya : Saya bersetuju. Sebagai contoh subjek SPM Sejarah. Kandungan Sejarah Tingkatan 4 dan 5 adalah sangat banyak ditambah dengan pengenalan Kertas 3. Memang kelam kelibut mengajar untuk menghabiskan silibus khasnya tingkatan 5. Untuk memastikan Latihan menjelang SPM, sebaiknya kita para guru mesti menghabiskan silibus pada bulan Mei setiap tahun. Jika tidak murid akan kekurangan Latihan dan memberi kesan kepada prestasi mereka dan seterusnya prestasi sekolah.

Tetapi selagi murid memahami dengan sebenar-benar faham tugas sebagai murid tentunya tidak akan ada masalah. iaitu Murid kenal diri, tahu matlamat dan ada cita-cita. Kalau nak abis silibus bulan Mac pun tiada masalah lah. :)

Katanya "Punca lain adalah personaliti guru yang bersikap negatif seperti terlalu garang, suka marah atau suka membebel serta meminggirkan pelajar yang kurang pandai ketika dalam kelas"

Kata Saya : Saya sendiri tidak pernah la asyik-asyik nak marah. balik-balik nak membebel. bukan cara saya. Saya tahu murid tak suka sebab saya juga pernah jadi murid. Biasanya saya akan marah disebabkan perkara-perkara tertentu spt ramai yang tidak menyiapkan kerja menyebabkan mengganggu PdP saya hari itu dan kelas terlalu bising hingga saya dah habis pitch dan terpaksa berhenti mengajar sebentar dan sebagainya. Saya juga tidak suka membebel jadi saya tukar kepada memberi motivasi kepada murid.

Kalau marah sekalipun sekejap saja dan selepas tarik nafas dalam-dalam saya teruskan mengajar seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kalau nk beri motivati pun saya ikut masa (biasanya memang terlajakkkk masa), dan mulakan PdP semula. Ini cara saya.

Katanya "hasil temubual yang dijalankan terhadap 472 pelajar ‘kaki ponteng’ sebagai sampel kajian dari 15 sekolah Semenanjung Malaysia di kawasan bandar, luar bandar, pulau dan FELDA, mendapati hampir 80 peratus menyatakan mereka suka ke sekolah tetapi sebaliknya tertekan dengan cara guru kelas." 

Kata saya : Saya percaya hanya segelintir guru sahaja yang mampu membuat murid takut untuk masuk kelas. Err saya kurang pasti guru macamana ya. Sepanjang pengetahuan saya, murid-murid saya memang berada dalam kelas kecuali murid yang sememangnya mmg memilih untuk ponteng. Bila saya tanya sendiri kenapa tidak masuk kelas saya, saya garang sangat ke? Cikgu pernah hukum awak ke? atau awak lihat cikgu pernah hukum kawan-kawan awak? mereka tersenyum dan mengatakan "malas belajar la cikgu", "sejarah ni bosan la". Ha.. tengok murid selamba badak je jawab depan muka cikgu. Tiada langsung rasa hormat. Saya juga kurang pasti siapa sebenarnya yang tertekan, murid itu atau guru? saya juga seperti murid itu hanya tersenyum. Saya beri motivasi. Ini cara saya. lama juga cucuk jarum tetapi akhirnya murid yang acapkali ponteng, kekal berada dalam kelas masa waktu sejarah dan belajar. Walaupun mereka lemah, tetapi saya percaya dengan hormat guru mereka akan beroleh keberkatan. Saya doakan mereka lulus SPM 2015. amin.
Katanya "Mereka tidak berasa seronok dengan cara penyampaian guru yang sukar difahami, tidak kreatif selain kerap dimarahi apabila sering mengajukan soalan sehingga menimbulkan rasa resah setiap kali berdepan guru yang mempunyai tabiat yang sama."
Kata saya : Berbalik kepada yang asal. Asal ada kemahuan disitu ada jalan. Asal hati, diri dan jiwa murid itu mahu belajar, soal cara penyampaian guru atau samada kerap dimarahi dah jadi perkara kedua.
"Ada juga yang sanggup ponteng kerana tidak suka belajar subjek tertentu terutama Sejarah selain tidak suka dengan polisi pentadbiran sekolah yang mengutamakan pencapaian akademik hingga mengabaikan pelajar yang ketinggalan,” katanya.
Kata saya : Ha.. tengok tu. Time Sejarah je ponteng...asal nk ponteng je mesti waktu Sejarah. Sejarah juga yang salah. Sekali lagi saya tegaskan, murid-murid ini tidak faham keperluan sejarah. Tidak pernah langsung terfikir atau mahu memikirkan mengapa perlu belajar dari sejarah. Atau lebih tepat murid ini tidak kenal diri, tidak tahu matlamat dan kabur cita-cita. Kasihan murid-murid ini. 
Katanya "kajian turut menunjukkan tidak semua kaki ponteng itu pelajar yang kurang bijak namun pihak sekolah dilihat gagal untuk memupuk rasa suka untuk pelajar datang ke sekolah atau memberi tumpuan khas untuk pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik."
Kata saya : Pihak sekolah pula yang salah. Zaman sekarang semua murid bijak kalau tak masakan guru yang salah, Subjek yang salah malah pihak sekolah pon salah juga ...ye tak?. Yang betulnya murid ini kurang matang untuk menilai yang mana kaca yang mana permata. Sebab itu dengan mudahnya ponteng kelas/sekolah. Hebat ye murid sekarang layak menilai guru. Di mana rasional jawapan murid itu? apa jurifikasi yang diguna pakai? 
Guru zaman sekarang pula tidak boleh menilai murid. Contohnya dalam mesyuarat "post mortem" apa-apa peperiksaan di sekolah, guru mesti menyatakan kelemahannya dan perlu perbaiki kelemaham. Yang ni saya setuju sbb untuk murid demi masa hadapan negara Malaysia. Tapi untuk kelemahan murid macam sendu je dibincangkan sebab tiada penyelesaian konkrit dan mudah untuk guru. Pihak pentadbir juga serba salah dalam hal ini. errr Macam mana tu?
Katanya "berdasarkan rekod kementerian pada 2010 menunjukkan 111,484 pelajar terbabit dalam pelbagai masalah disiplin dan untuk kes ponteng sekolah, mencecah 19,545 kes."

Kata saya : Selagi kita menunding jari selagi itu masalah ponteng dan disiplin murid akan terus meningkat. Janganlah kita seperti kisah katak dengan ular. Saling menyalahkan. Saya percaya tentu ada jalan penyelesaian jika kita benar-benar sayang Malaysia. Jika benar-benar mahu kan negara berdaulat ini terus makmur dan sejahtera. Sesungguhnya kata ahli sejarawan " Mereka yang tidak belajar sejarah akan mengulangi sejarah"

Apakah guru betul? adakah murid salah? adalah kedua-duanya salah? Garis pemisah pada pandangan saya adalah, kita berbalik kepada Falsafah pendidikan Kebangsaan. Seperti mana kita maklum tiada satu pun ibu bapa yang mahu anaknya menjadi jahat atau tidak berguna begitu juga dengan kami, guru berpendapat yang sama. Guru tentunya mengajar untuk kemenjadian murid seperti yang diaspirasikan oleh Negara. dan murid kembalilah kepada tugas asal kamu iaitu menuntut ilmu kerana ilmu itu pelita hidup kamu. Tidak ke mana kamu tanpa ilmu dan hinanya kamu tanpa ilmu.

Ini bukan bermakna tidak terdapat guru yang tidak pentingkan murid. Saya tidak menafikan tetapi jumlah guru seperti itu pada pendapat saya jumlahnya sangat sedikit (kot ada, setakat ini tak pernah jumpa lagi, kalau yang jenis ada sakit mental tu ..mungkin kot..tapi tak boleh juga..sebab guru ni mmg dah mental, kasihan guru..sampai mental). Yang ramai adalah yang menyayangi murid kerana mereka generasi penentu negara. Masakan guru berlaku enteng kepada pewaris negara?

Semoga kebenaran menjadi milik yang berhak

:)

No comments:

Post a Comment